Pages

Isnin, 5 Disember 2011

PECAHAN





KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA PENSYARAH: DR. RAMLAH BT MAILOK


   





                                                           

Khamis, 1 Disember 2011

JOM BEREKREASI MATEMATIK

Matematik Pencetus Pemikiran Kritis dan Kreatif Generasi Berwawasan dan Cemerlang

Bijak Sifir Bijak Matematik


Kebolehan dan kemahiran mengira dengan pantas sama ada menambah, menolak, mendarab dan membahagi sesuatu nombor adalah sangat dituntut dalam matematik selain daripada kefahaman konsep sesuatu tajuk matematik itu sendiri. Hakikatnya BIJAK SIFIR perlu dikuasai oleh semua pelajar matematik agar pembelajaran matematik lebih bererti, berkesan dan lebih menyeronokkan kerana pelajar dapat mengira dan menyelesaikan sesuatu masalah kemahiran darab dan bahagi bagi sesuatu topik dalam Sukatan Pelajaran Matematik seperti topik Pecahan, Ukuran Panjang, Masa, Wang, Berat, Isi padu, Bentuk dan Ruang dan sebagainya yang seterusnya di praktik dalam kehidupan harian mereka.
SIFIR JARI



1.Sebagai satu cara atau teknik mengingat atau menghafal sifir (fakta kira darab).
2.Menyedari dan memikirkan secara metakognitif bahawa setiap anggota badan yang dijadikan Tuhan boleh memainkan peranan dan fungsi. Contoh khususnya ialah JARI. Selain daripada begitu banyak tugas biasa, ia juga digunakan sebagai alat yang sangat berkesan dan bermakna serta menghiburkan dalam menyempurnakan pengiraan matematik.
3.Sebagai satu aktiviti matematik menyeronokkan yang mampu mempertingkatkan minat, keseronokan dan motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
SIFIR 9




    1.Daraban menggunakan jari akan memberikan satu aktiviti dan hasilnya yang sangat menyeronokkan.Sebagai contohnya, 4 x 9.
   2.Bengkokkan jari keempat di tangan kiri. Jadi, tiga batang jari ke kiri daripada jari yang dibengkokkan itu dan enam batang jari ke kanan memberi jawapan 36.
*Maksudnya: Jari ke kiri daripada jari yang dibengkokkan nilainya sepuluh sepuluh dan jari ke kiri daripada jari yang dibengkokkan nilainya satu satu.
DARABAN JARI BAGI SIFIR 6, 7, 8 DAN 9     




1.Jari juga boleh digunakan bagi mendarab nombor-nombor yang melibatkan
6,7,8 dan 9. Contoh 7 X 8.
Anggapkan:Jari Kelingking bernilai 6          Jari manis bernilai 7,
            Jari hantu bernilai      8          Jari telunjuk bernilai 9.
2.Jadi, daraban 7 dan 8 bermakna kita bengkokkan jari-jari 6 dan 7 pada
tangan kiri dan bengkokkan jari 6, 7, 8 di tangan kanan. Jadi jari yang
dibengkokkan ialah 5 batang yang bermakna 50 dan 3 batang jari di tangan kiri
didarabkan dengan 2 batang jari di tangan kanan bermakna 3 X 2 = 6. Jumlah
ialah: 50 + 6 =56.*Maksudnya: Nilai jari yang dibengkokkan ialah sepuluh
         sepuluh, nilai jari yang tidak dibengkokkan ialah satu satu tetapi ia perlu didarabkan di
antara jari tangan kiri  dan kanan. Hasil darab yang diperolehi perlu ditambah dengan
nilai jari   yang dibengkokkan sepuluh sepuluh itu.

Bagi mendapatkan kemahiran,disarankan selalu berlatih dan sentiasa melakukan
pengiraan dengan menggunakan jari bagai mencapai martabat  BIJAK SIFIR.

Isnin, 14 November 2011

Hikayat Sang Kancil dan Monyet

Lembaran Kerja


Lembaran Kerja 1
Berapakah pecahan bahagian berlorek?














Penyelesaian: Terdapat 5 daripada 6 bahagian pecahan bahagian berlorek 
ialah 5/6. Jawapan: 5/6
a.)                                                               


        

b)
























c)   








d)



=
 




e)



=
 











Lembaran  kerja 2
Bandingkan dua pecahan wajar berikut dan nyatakan yang manakah lebih besar dan yang mana lebih kecil.
1.





                                      2/5
                                                            
                                                                     
                                                                 
                                       1/3
2. 
                                            
                                                                                                                    
                                       1/2








                     
                                       2/5
3.













                                      7/9
                              
              
              
              
              
                                            
                                     4/6

Lembaran  kerja 3
Tentukan sama ada pasangan pecahan berikut setara atau tidak setara.Tunjukkan langkah-langkah pengiraan anda.
a.          1                1              b.          2             4
                      ─    dan    ─                           ─   dan   ─
                      2                4                           3             6        

          c.                                      d.        4            9
                      ─     dan   ─                           ─   dan  ─
                      3               6                            5           10
             
          e.          1               3                 f.        2             4
                      ─     dan   ─                           ─   dan   ─
                      4               8                            3             9

  g.         1               2                 h.       6             3
                      ─    dan    ─                           ─   dan   ─
                       2               6                          10            5


Sajak Guru Oh Guru






Sajak Guru




“Guru O Guru”

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guru ku tercinta)
 Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk  manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu, guru ku
Budi yang diapungkan diulangi ilmu.
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.






USMAN AWANG
1979













Jumaat, 11 November 2011

Bahan Bantu Mengajar









                                                         

Selasa, 25 Oktober 2011

MENGAJAR MATEMATIK