JOM BEREKREASI MATEMATIK
Matematik Pencetus Pemikiran Kritis dan Kreatif Generasi Berwawasan dan Cemerlang
Bijak Sifir Bijak Matematik
Kebolehan dan kemahiran mengira dengan pantas sama ada menambah, menolak, mendarab dan membahagi sesuatu nombor adalah sangat dituntut dalam matematik selain daripada kefahaman konsep sesuatu tajuk matematik itu sendiri. Hakikatnya BIJAK SIFIR perlu dikuasai oleh semua pelajar matematik agar pembelajaran matematik lebih bererti, berkesan dan lebih menyeronokkan kerana pelajar dapat mengira dan menyelesaikan sesuatu masalah kemahiran darab dan bahagi bagi sesuatu topik dalam Sukatan Pelajaran Matematik seperti topik Pecahan, Ukuran Panjang, Masa, Wang, Berat, Isi padu, Bentuk dan Ruang dan sebagainya yang seterusnya di praktik dalam kehidupan harian mereka.
SIFIR JARI
1.Sebagai satu cara atau teknik mengingat atau menghafal sifir (fakta kira darab).
2.Menyedari dan memikirkan secara metakognitif bahawa setiap anggota badan yang dijadikan Tuhan boleh memainkan peranan dan fungsi. Contoh khususnya ialah JARI. Selain daripada begitu banyak tugas biasa, ia juga digunakan sebagai alat yang sangat berkesan dan bermakna serta menghiburkan dalam menyempurnakan pengiraan matematik.
3.Sebagai satu aktiviti matematik menyeronokkan yang mampu mempertingkatkan minat, keseronokan dan motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
SIFIR 9
1.Daraban menggunakan jari akan memberikan satu aktiviti dan hasilnya yang sangat menyeronokkan.Sebagai contohnya, 4 x 9.
2.Bengkokkan jari keempat di tangan kiri. Jadi, tiga batang jari ke kiri daripada jari yang dibengkokkan itu dan enam batang jari ke kanan memberi jawapan 36.
*Maksudnya: Jari ke kiri daripada jari yang dibengkokkan nilainya sepuluh sepuluh dan jari ke kiri daripada jari yang dibengkokkan nilainya satu satu.
DARABAN JARI BAGI SIFIR 6, 7, 8 DAN 9
6,7,8 dan 9. Contoh 7 X 8.
Anggapkan:Jari Kelingking bernilai 6 Jari manis bernilai 7,
Jari hantu bernilai 8 Jari telunjuk bernilai 9.
2.Jadi, daraban 7 dan 8 bermakna kita bengkokkan jari-jari 6 dan 7 pada
tangan kiri dan bengkokkan jari 6, 7, 8 di tangan kanan. Jadi jari yang
dibengkokkan ialah 5 batang yang bermakna 50 dan 3 batang jari di tangan kiri
didarabkan dengan 2 batang jari di tangan kanan bermakna 3 X 2 = 6. Jumlah
ialah: 50 + 6 =56.*Maksudnya: Nilai jari yang dibengkokkan ialah sepuluh
dibengkokkan ialah 5 batang yang bermakna 50 dan 3 batang jari di tangan kiri
didarabkan dengan 2 batang jari di tangan kanan bermakna 3 X 2 = 6. Jumlah
ialah: 50 + 6 =56.*Maksudnya: Nilai jari yang dibengkokkan ialah sepuluh
sepuluh, nilai jari yang tidak dibengkokkan ialah satu satu tetapi ia perlu didarabkan di
antara jari tangan kiri dan kanan. Hasil darab yang diperolehi perlu ditambah dengan
nilai jari yang dibengkokkan sepuluh sepuluh itu.
antara jari tangan kiri dan kanan. Hasil darab yang diperolehi perlu ditambah dengan
nilai jari yang dibengkokkan sepuluh sepuluh itu.
Bagi mendapatkan kemahiran,disarankan selalu berlatih dan sentiasa melakukan
pengiraan dengan menggunakan jari bagai mencapai martabat BIJAK SIFIR.
pengiraan dengan menggunakan jari bagai mencapai martabat BIJAK SIFIR.
0 ulasan:
Catat Ulasan